Sunday, April 12, 2009

Buat Baik Kepada Ibu Bapa

Oleh: Nor Izzati Bt Mokhtar

Hazrat Abu Umamah meriwayatkan bahawa ada seorang bertanya kepada Rasullulah SAW mengenai hak-hak ibu bapa ke atas anak-anak mereka.Baginda menjawab,”Ibu bapa adalah Syurga atau Neraka bagi anak-anak mereka”.
Hadis tersebut bermakna tiada siapa yang boleh memperkecil-kecilkan kepentingan ibu bapa.Jika kita mengenepikan peranan mereka dalam kehidupan masyarakat,dan ia boleh mendapatkan tempat di Syurga sekiranya dapat menyenangkan hati ibu bapanya.Sebaliknya ia boleh menjadi penghuni Neraka sekiranya ia menyebabkan mereka tidak gembira dengan kelakuannya.
Hazrat Abdullah bin Amar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda “Kesukaan Allah bergantung kepada kesukaan ayah,dan ketidaksukaan Allah terletak kepada ketidaksukaan ayah”
“Syurga berada di bawah tapak kaki ibu”,adalah satu ayat yang cukup bermakna.Ayat ini bermakna ibu hendaklah diberi penghormatan ,dilayani dengan sopan,ditaati, ditolongi oleh orang-orang yang ingin mendapat ganjaran di Akhirat kelak.
Kepentingan bekelakuan baik terhadap ibu bapa dapat diperhatikan kerana Rasulullah SAW menekankan perkara ini berserta dengan kewajipan yang paling penting iaitu mendirikan solat.Ini menunjukkan bahawa perkara ini bukanlah perkara keduniaan sahaja tetapi juga kewajipan akhirat.Allah SWT dan Rasulullah SAW juga menekankan tentang perlunya anak-anak menolong dan menyenangkan hati ibu bapa mereka.Sesiapa yang tidak taat kepada ibu bapa bererti mereka juga tidak taat kepada Allah dan Rasulullah SAW.Anak anak seperti ini melakukan jenayah moral dan berdosa di sisi Allah SWT.
Hadzrat Abdullah,anak Hadzrat Amru bin Al-‘As,meriwayatkan ada seorang dating hendak menyertai Rasulullah SAW berhijrah dan menyertai Perang Jihad.Rasulullah SAW bertanya “Adakah ayah dan ibumu masih hidup?”.Bila lelaki itu menjawab ya,maka Rasulullah SAW bertanya apakah ia benar-benar ingin mendapatkan ganjaran penghijrahan dan Jihad.Lalu Rasulullah SAW bersabda,”Kembalilah kepada ibu bapamu dan layanilah mereka dengan baik”(Muslim)
Tiada siapa yang boleh menafikan kepentingan Hijrah dan perang Jihad,tetapi apabila ada ibu bapa yang tua,lemah,tua,sakit atau lumpuh,maka menurut Islam adalah lebih banyak ganjarannya orang itu tinggal di rumah dan berkhidmat kepada ibu bapanya daripada berhijrah atau Perang Jihad.

Hadzrat Tailah Ibnu Miyas meriwayatkan sewaktu mengambil bahagian dalam peperangan ia terdorong kepada melakukan beberapa kesilapan.Ia akhirnya menyedari kesalahannya dan menjadi semakin bimbang.Apabila ia mendapat peluang,ia pun merujuk perkara itu kepada Hadzrat Abdullah bin Umar RA yang seterusnya meminta penjelasan lanjut.Setelah mendengar cerita Tailah,Hadzrat Abdullah Umar berkata itu tidaklah termasuk antara dosa-dosa besar yang mana terdiri daripada sembilan iaitu syirik,membunuh,melarikan diri dari jihad,memburuk-burukkan wanita solehah,mengambilatau memberi riba,memakan harta anak yatim,mengumpat dalam masjid,memburuk-burukkan islam,dan engkar kepada ibu bapa.
Mentaati ibu bapa tetapi mengingkari Allah SWT akan dilaknati Allah.Ketaatan kepada ibu bapa menurut lunas-lunas Syariah Islamiah semestinya diredhai Allah,tetapi apabila perbuatan ini dilakukan berlawanan dengan titah perintah-Nya maka ini tentulah akan dimurkai-Nya
Sebuah hadith yang masyur mengenai hak-hak ibu bapa diriwayatkan oleh Hadzrat Abdullah bin Umar RA.Menurutnya ia mempunyai seorang isteri yang amat disayanginya tetapi ayahnya Khalifah Umar RA meminta agar anaknya menceraikan isteri tersebut tetapi Hadzrat Abdullah RA tidak menuruti kata-kata ayahnya.Lalu Hadzrat Umar pergi menemui Rasulullah SAW dan menceritakan kesemuanya kepada Rasulullah SAW.Rasulullah SAW berkata “ceraikannya”
Tidak disangsikan lagi bahawa hadith ini mengkehendaki anak-anak bersedia mematuhi ibu bapa mereka dan tidak boleh menyalahi perintah mereka.Tetapi hadis tersebut tidak membawa maksud yang anak-anak perlu menurut kata-kata ibu bapa mereka tanpa batas.Sesetenagh orang berfikir ibu bapa boleh memerintah anak-anak lelaki atau anak-anak perempuan mereka supaya menceraikan pasangan-pasangan itu soleh dan beriman.Jadi tidak boleh dikenakan hukuman seperti ini kerana tidak ada dasar unsur Syariah.
Dengan ini kita membuat kesimpulan bahawa anak-anak tidak semestinya mematuhi perintah ibu bapa yang dirasakan tidak baik kecuali apabila mereka tidak mengetahui ketepatan dan kepentingan perintah-perintah ibu bapa itu.Perlu diberi peringatan di sini bahawa dalam keadaan ini,anak-anak mestilah memberi pertimbangan yang serius terhadap perintah ibu bapa tanpa menyingkal mereka serta merta kerana ibu bapa mungkin benar kerana mereka inginkan anak-anak mereka sejahtera.
Selepas mengerjakan solat fardhu dan pada lain-lain masa seseorang hendaklah mendoakan keampunan dosa dan keselamatan ibu bapanya kepada Allah SWT.Ia hendaklah berdoa agar Allah SWT member kepada ibu bapanya apa yang dia berikan kepada hamba-hamba-Nya yang soleh.

Menurut Hadzrat Abu Hurairah RA Rasulullah SAW pernah bersabda apabila seseorang itu mati,kegiatannya berakhir.Tetapi ada tiga perkara yang boleh memberi manfaat kepadanya setela ia mati kelak(a)sedekah jariah(amalan kebajikan)(b)ilmunya yang boleh dimanfaati oleh orang ramai (c)anak-anaknya yang soleh yang mendoakan kesejahteraannya
Jika anak-anak mengetahui janji janji ibu bapa mereka kepada orang lain masih belum ditunaikan semasa mereka masih hidup,mereka hendaklah berusaha menunaikan janji janji dan wasiat tersebut untuk memberi manfaat kepada arwah ibu bapa mereka.Tetapi dalam melakukan demikian,anak-anak hendaklah memastikan agar mereka menunaikan hanya janji-janji dan wasiat yang berkenaan,jikalau tidak mereka akan mencederakan ibu bapa mereka dan diri mereka sendiri
Hadzrat Abdullah Zubair RA tidak pernah alpa dari melaksanakan tanggungjawab ibu bapanya walaupun setelah mereka meninggal dunia.Hadzrat Zubair(ayahnya) ialah seorang yang berada.Selalunya sebaik sahaja seseorang itu meninggal dunia,anak-anaknya berkerumun meminta bahagian masing-masing.Tetapi Hadzrat Abdullah RA tidak bimbang tentang perkara ini apabila ayahnya meninggal dunia.Ia boleh bergembira dengan bahagian harta yang bertimbun tapi ia sebaliknya bimbang tentang hutang-hutang ayahnya yang ingin dijelaskannya tanpa kecuali.
Oleh itu langkah pertamanya ialah menyelesaikan hutang-hutang ayahnya dari harta pusaka peninggalannya.Dengan serta merta pewaris-pewaris lain memarahinya kerana mereka ingin mendapatkan bahagian mereka daripada harta pusaka itu.Tetapi Hadzrat Abdullah RA memberitahu mereka hendaklah menunggu selama empat tahun.Dalam tempoh itu,Hadzrat ‘Abdullah RA mengumumkan kepada jemaah haji supaya datang dan mengambil hutang-hutang mereka sekiranya arwah ayahnya ada berhutang kepada mereka.Selepas semua ini selesai barulah ia akan membahagikan baki harta kepada saudara mara.
Hadzrat Anas bin Malik RA berkata Rasulullah SAW bersabda, ”Sesiapa yang ingin hidup lama dan mendapat rezeki yang cukup hendaklah berlaku baik kepada ibu bapa dan sanak saudara mereka.Dunia ini adalah tempat bagi orang-orang Muslim untuk mendapatkan rahmat Allah SWT dan menjadikan kehidupan Akhirat Berjaya.Panjang umur dan senang-senang kerana berkhidmat kepada ibu bapa semestinya merupakan ganjaran yang tidak ternilai dari Allah SWT.Allah member peluang serta kemudahan kepada mereka untuk menambahkan amalan soleh dan kelayakan diri mereka menerima kekayaan Maha Pencipta.Menurut Hadrat Muadz bin Anas RA,Rasulullah SAW bersabda,”ada khabar gembira kepada orang orang yang berkelakuan baik terhadap ibu bapa mereka,Allah akan melanjutkan usia mereka”.
Kedua ibu bapa memainkan peranan dalam membesarkan anak-anak mereka dengan bersusah payah.Si ayah merasa gembira membelanjakan wang pendapatannya kepada mereka manakala si ibu menyusukan mereka.Jadi anak anak dibesarkan hasil kerjasama,kasih saying,kasih saying kedua ibu bapa.Al Quran dan As Sunnah menegaskan supaya supaya anak-anak memberikan layanan yang terbaik kepada ibu bapa.
Adalah menjadi satu kenyataan iaitu ibu memberikan lebih banyak pengorbanan dan menanggung lebih banyak kesusahan daripada ayah semasa membesarkan anak-anak.Ia menyusukan mereka dan menjaga mereka dengan mengorbankan keselasaannya di siang hari dan mengorbankan tidurnya di malam hari tanpa ada perasaan tamak,ia semata mata didesak oleh perasaan sayang dan cinta.
ada zaman Hadzrat Usman bin Affan RA,salah seorang dari empat Sahabat besar Rasulullah SAW,harga buah tamar melambung tinggi.Pada masa itu orang ramai melihat Hadzrat Usman bin Zaid sedang mengambil air dari pokok tamar dengan cara menebuk pokok itu dengan menggunakan pisau.Orang ramai bertanya kepadanya kenapakah ia merokkan pokok itu sedangkan pokok itu sangat mahal pada masa itu.Ia memberitahu ia berbuat demikian kerana ia melaksanakan hajat ibunya yang meminta dibawakan air kepadanya .”Bagaimankah boleh saya mengenepikan keinginan ibuku?”
Hadzrat Abu Tufail RA meriwayatkan,ketika Rasulullah SAW membahagikan daging di Ja’ranah,ada seorang wanita menghampirinya . Baginda menghampar kainnya untuk wanita itu pun duduk di atasnya . Hadzrat Abu Tufail RA bertanya kepada orang ramai tentang wanita itu.Mereka memberitahunya bahawa wanita itu adalah ibu angkat Rasulullah SAW.(Abu Daud)
Dalam dunia hari ini di mana berlaku peperangan antara ma’ruf dan munkar,di sana ada kemungkinan ibu bapa anak-anak Muslim terdiri dari orang orang bukan Muslim.Dalam keadaan seperti ini bagaimanakah caranya anak-anak melayani ibu bapa bukan Muslim?Ini ialah soalan yang berkaitan yang mesti disoal dan dijawab oleh masyarakat kita.Berhubung dengan Iman dan Deen,Kitab Suci Al-Quran memberikan hukum yang jelas dan muktamad.Menurut Al-Quran ,kalau ibu bapa memaksa anak-anak mereka meninggalkan Islam,maka anak-anak diharamkan mematuhi ibu bapa mereka.Semestinya Allah SWT mempunyai hak yang lebih dari ibu bapa.Ibu bapa hendaklah mengetahui hakikat ini dan mereka hendaklah mematuhiNya kerana Dia adalah Pencipta.Seorang Muslim tidak dapat membayangkan keadaan di mana ia mentaati ibu bapanya tetapi ingkar kepada Pencipta. Menurut Al-Quran,”Dan kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya.Jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu,maka jaJanganlah kamu mengikut keduanya”.Surah Al-Ankabut 29:8
Dalam hal-hal yang bertentangan dengan Islam,ibu bapa tidak boleh ditaati.Tekanan,paksaan dan ketidaksenangan ibu bapa tidak boleh dianggap penting tetapi berhubung dengan hal keduniaan ,ibu bapa hendaklah dituruti,dilayani dengan baik untuk mendorong mereka memeluk Islam,Deen akan memberikan kedudukan yang lebih penting.
Hadzrat Asma’ binti Abu Bakar RA meriwayatkan,pada suatu masa ibunya yang musyrik menziarahinya.Beliau bertanya kepada Rasulullah SAW.”Ibuku datang menziarahiku dan dia membencikan agamaku.Bolehkah saya berkelakuan baik kepadanya?”Baginda memberitahunya,”Ya berlaku baiklah kepada ibumu.Hadis ini mengisyaratkan,ibu bapa musyrik mestilah dilayan sama baik dengan ibu bapa Muslim.Anak-anak tidak boleh berganjak mentaati,menghormati dan melayani mereka dalam perkara-perkara selain dari perkara Aqidah.
Dosa yang terbesar selepas syirik ialah keengkaran kepada ibu bapa.Ini ialah dosa yang ingin ditolak oleh orang Muslim sejati.Berterima kasih,berhati lembut dan mengenang budi baik adalah tiga sifat yang menjadikan manusia sempurna.Orang yang tidak menyemai sikap ini di dalam dirinya tidak boleh dipanggil seorang insan.Orang seperti ini tidak disukai oleh Allah SWT kerana ia tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya terhadap Allah atau masyarakat.Jadi,orang Muslim yang mentaati Allah SWT tidak boleh mengingkari atau mengabaikan ibu bapanya.
adzrat Abu Bakrah(Nafie bin Haris)RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bertanya,tidakkah patut ia memberi amaran kepada mereka tentang tiga dosa besar?Semua orang yang hadir berkata,”memang patut”.Lalu Rasulullah SAW bersabda,”menyekutukan sesuatu dengan Allah,mengingkari ibu bapa.”sambil menegakkan tubuhnya Rasulullah SAW bersabda,”bercakap dusta atau memberikan kesaksian palsu.”Baginda terus bercakap pada masa yang lama sehingga kami berharap agar baginda SAW berhenti.
Ibu bapa adalah manusia dan mereka juga terdedah kepada kelemahan dan hawa nafsu.Mereka mungkin berkata atau melakukan sesuatu yang salah atau menyakiti hati anak-anak mereka.Dalam hal-hal begini,anak-anak hendaklah melupakan tindakan-tindakan dan perkataan-perkataan ibu bapa mereka.Mereka tidak harus marah bila berhadapan dengan perkara ini dan mengambil langkah mencaci atau memaki ibu bapa mereka.Apa sahaja yang dilakukan oleh ibu bapa terhadap anak-anak,anak-anak hendaklah mengawal perasaan mereka dengan mengingatkan kesukaran-kesukaran dan ujian-ujian yang telah ditempuh oleh ibu bapa ketika membesarkan mereka.
Tidak dapat dinafikan memang ibu bapa,dengan kelakuan mereka tidak baik,boleh melahirkan keadaan-keadaan yang menimbulkan kemarahan dan keengkaran anak-anak terhadap mereka.Terutama sekali apabila si ayah berkhawin lagi dan anak-anak terpaksa tinggal dengan ibu tiri yang tidak bertimbang rasa dan tidak bertolak ansur.Seringkali kelihatan ibu tiri cuba membuat si ayah sakit hati terhadap anak-anaknya.Dalam kebanyakan hal,si ayah,oleh kerana sayangkan isteri baru,mengubah sikapnya terhadap anak-anaknya dan tidak melayani mereka dengan saksama.Mereka bertukar menjadi ayah tiri kepada anak-anak sendiri.Begitu juga halnya apabila si ibu berkhawin lain setelah bercerai atau kematian suaminya,suami kedua tidak suka isterinya melayani sama rata anak-anaknya dan anak-anak isteri barunya itu.Untuk menyenangkan hati suaminya,isteri yang kebingungan itu terpaksa mengambil sikap yang berlainan terhadap anak-anak suaminya.
Dalam hal-hal seperti ini,ibu bapa patut dipersalahkan.Adalah menjadi tanggungjawab saudara mara dan orang-orang yang mengambil berat menyedarkan ibu bapa ini tentang kesilapan mereka dan mengingatkan mereka tentang kewajipan mereka.Orang-orang ini hendaklah mendesak ibu bapa,melalui tekanan keluarga atau social,supaya melayani anak mereka dengan baik.Pada masa yang sama anak-anak hendaklah mengawal perasaan mereka.Mereka hendaklah terus menghormati ibu bapa mereka dan mengelak dari mengambil tindakan yang tidak baik terhadap ibu bapa kerana mereka diwajibkan menghormati dan mantaati ibu bapa mereka.
Rahmat Allah yang terbesar bagi orang-orang Muslim ialah ibu bapa mereka.Selain dari Allah SWT,ibu bapalah pihak yang menjaga anak-anak mereka.Oleh kerana itu,jika anak-anak tidak berterima kasih kepada ibu bapa mereka,maka mereka dianggap tidak berterima kasih kepada Allah SWT.Bersyukur kepada ibu bapa tidak berbeza dari berserker kepada Allah SWT.Jika seseorang menyenangkan hati ibu bapanya ia dengan sendirinya telah menyenangkan hati Allah SWT.Ia boleh memperolehi keredaan atau menerima kemurkaan Allah dengan cara menyenangkan atau membangkitkan kebencian ibu bapanya.
Layanan yang baik dan pertolongan yang diberikan kepada ibu disamakan dengan amalan jihad malah lebih besar dari itu dalam setengah-setengah keadaan.Dengan berkhidmat kepada ibu bapa ,seseorang akan mendapat kedudukan Mujahid(orang yang berjuang pada jalan Allah)
Ibu yang kurang pengetahuan Islam mempunyai pandangan hidup yang sempit.Ia hanya memikirkan tentang kehidupan keduniaan dan tidak mengetahui tentang kehidupan di athirst kelak.Ia hanya mengasihi anak-anaknya kerana itu ialah sifat semulajadinya.Ia memelihara anak-anaknya kerana dengan berbuat demikian bangs ianya akan terpelihara dan apabila anak-anaknya menjadi.mereka boleh menjaganya pula.Anak-anak itu dilatih untuk menghadapi kehidupan masa depan mereka.
Tapi bagi ibu Muslim,di samping semua pengharapan terse but,ia membesarkan anak-anaknya dengan menerapkan kaeyakinan kepada Akhirat ke dalam jiwa anak-anaknya.Jalan pemikirannya sama sekali berbeza.Ia menyedari bahawa sekiranya ia mendidik anak-anaknya menu rut ajar an Islam,ia akin diberi ganjaran oleh Allah di Akhirat kelak.Ia berfikirdengan berbuat demikian ia akin mendapat keredhaaan Allah,yang akin mengampuni dosa-dosanya dan memberikan ganja ran Syurga kepadanya kerana ia telah menunaikan tugas suci yang diamanahkan oleh Allah SWT.Ia merasa takut kalau sekiranya ia tidak membesarkan anak-anaknya menurut titah perintah Allah dan ajaran Rasulullah SAW kerana ia akan dimurkai Allah dan akan dimasukkan ke dalam Neraka
Memang tidak dapat dinafikan,memnuhi Keshena fizikal anak-anak adalah tugas yang berharga dan penting bagi ibu bapa anak-anak.Walaupun anak-anak cukup makanan dan pakaian,ini tidak bermakna mereka telah dilatih dan diberi pelajaran.Anda telah lalai seminary anda meringankan-ringankan perkara ini.Pembentukan fizikal anak anda adalah satu proses semulajadi,manakala pemikiran dan kelakuannya lahir dari proses social.Idalam ibu bapa bertanggungjawab melatih dan mendidik anak-anak mereka dengans empurna supaya mereka menjadi orang-orang Muslim yang soleh,bertamadun,berkebudayaan,mulia,berlemah-lembut,mematuhi Syariah,menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan anggota penting dalam masyarakat pada masa depan.



__________________________


Tarikh 20/03/2015




Nota: Laman ini memuatkan bahan-bahan pengetahuan Islam yang ditulis oleh pelajar UiTM Perlis. Anda dibenarkan membaca dan mengambilnya tetapi hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada sumber asalnya iaitu al Quran dan al Hadith Rasul SAW.


Rahsia Dan Khasiat Bismillah

Oleh: Noorafifa Bt Mohd Isa
Bismillaahirrahmaannirrahiim…..
Ayat ini sering digunakan dalam masyarakat Islam di dunia ini. Bismillaahirrahmaanirrahiim bermaksud dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Tanpa kita sedari,huruf Bismillah ada 19 huruf iaitu Ba,siin,mim,nuun-alif,laam,roo,haa,yaa,miim dan setiap huruf-huruf itu mempunyai khasiatnya yang tersendiri kerana malaikat yang mengurus neraka ada 19 malaikat.
Barang siapa membaca Bismillah dengan ikhlas dan penuh dengan keyakinan, maka terhindarlah dia dari seksaan isilmalaikat Zabaniah. Terdapat tujuh rahsia dan hikmat Bismillah yang dapat kita ketahui iaitu hikmat membaca Bismillah dari sudut rezeki, keselamatan, penawar penyakit dan sihir, akal yang waras, rezeki yang banyak, menolak bahaya orang zalim, dan hajat. Antaranya ialah:
Dari sudut rezeki,
Dan barangsiapa menyebutkannya banyak di dalam suatu maksud, khusus untuk mendatangkan rezeki. Nescaya diberi rezeki oleh Allah dengan mudah dan tidak diduga-duga. Dan diberi kurnia kehebatan di hati manusia dan disisi alam yang tinggi(malaikat) dan alam yang rendah (manusia, haiwan dan lain-lain).
Dari ayat ini kita boleh lihat betapa pentingnya Bismillah ini dalam kehidupan kita. Bacaan Bismillah ini mempengaruhi kurniaan rezeki kepada individu-individu.
Manusia yang mempunyai sifat pelupa sering mengabaikan ayat ini ketika menggunakan rezeki kurniaan Allah.
Dari sudut keselamatan pula ialah,
Barangsiapa membacanya ketika mahu tidur 21 kali amanlah ia pada malam itu dari syaitan terkutuk. Dari kejahatan manusia dan jin dari kecurian, kebakaran, dari penyakit, mati mendadak. Dan tertolak daripada tiap mala petaka.
Dan barangsiapa membacanya 100 kali atas penyakit dari penyakit apa sahaja atau orang yang kena sihir, tujuh hari berturut-turut atau lebih, nescaya Allah hilangkan penyakit dan sihir itu.
Selain itu terdapat juga rahsia di sebalik sebutan atau ucapan A’udzu yang dapat di perjelaskan lagi dengan lebih lanjut melalui cerita ini. Pada suatu hari, sultan Ibrahim sedang memburu di dalam hutan. Sedang baginda duduk berehat dan ingin menjamah makanan, tidak semena-mena dating seekor burung gagak menyambar makanan baginda lalu dibawa terbang.
Baginda tidak jadi makan . baginda berasa hairan dengan kejadian itu lalu baginda mengikut dan mengejar burung itu dengan menggunakan kuda. Burung gagak itu semakin lama makin tinggi gagak itu terbang. Baginda berasa marah.baginda terus mengikuti burung itu tanpa menghiraukan anak isterinya. Tanpa disedari perjalanan baginda semakin lama semakin jauh tapi dalam fikiran baginda itu semua tidak penting baginya, yang pengting dia ingin mengetahui apa yang sedang berlaku itu.naluri hatinya bertanya apakah yang berlaku di sebalik peristiwa yang dialaminya.
Akhirnya sampailah baginda di bawah sepohon pokok. Baginda berasa terkejut kerana di situ didapati sesusuk tubuh manusia yang diikat kaki dan tangannya. Keadaan lelaki itu yang terbaring keletuhan membuatkan baginda berasa simpati, lalu baginda memotong tali yang telah diikat di tangan dan kaki lelaki itu. Lalu baginda bertanya pada lelaki itu apa yang telah terjadi sehingga dia diperlakukan sedemikian rupa. Lelaki itu menceritakan hal yang sebenarnya,rupa-rupanya lelaki itu adalah seorang pedagang. Lelaki itu telah di rompak oleh sekumpulan lelaki. Mereka tidak berpuas hati dengan merampas wang dan barang-barang pedagang itu, lalu diikatnya kaki dan tangan pedagang itu. Lelaki itu juga menceritakan bahawa selama ini burung gagak itulah yang telah banyak menolong dia. Burung gagak itu lah yang telah memberi dia makan sehingga lah baginda menemuinya.
Kemudian baginda mengajak lelaki itu ke khemahnya dan berehat di sana. Selepas itu baginda memberinya sejumlah wang untuk dijadikan modal perniagaannya. Dari peristiwa ini kita dapat lihat bahawa jika orang yang beriman dan bertakwa kepada Allah, walau dalam apa jua keadaan Allah sentiasa memberi perlindungan dan pertolongan kepada hambaNya dimana sahaja dan bili-bila masa sahaja.
Cerita di atas dapat diambil pelajaran bahawa kita sebagai hamba ini wajib beriman dan bertawakal kepada Allah walau dalam apa jua keadaan. Orang yang tidak mahu bertawakal itu dikatakan orang yang sombong kerana dia tidak mahu pertolongan dari Allah s.w.t.. bertawakal bermaksud meminta pertolongan dari Allah baik dari kejahatan perbuatan mahupun dari perbuatan syaitan yang dapat dilihat mata. Oleh tiu, Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita membaca Quk-a’udzu birobbil falaq dan Qul-a’udzu birobbin naas.
Abu Zar pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. apakah ada syaitan manusia?. Maka baginda menjawab.``Syaitan manusia lebih jahat dari syaitan jin? Apabila orang mengucapkan A’udzu billaahiminasy-syaithoonir rojiim, lalu syaitan berkata : patahlah tulang belilangku dan hilanglah kekuatanku,’’
Maka haruslah kita mengamalkan membaca A’udzu kerana banyak faedahnya. Mulai sekarang hedaklah kita mengamalkannya kerana ia akan membuat hati kita bersa lebih tenteram dan tenang kerana sesungguhnya Tuhan adalah Maha Berkuasa dan Allah amat membenci hambaNya yang berada dalam kesusahan tetapi tidak mahu meminta pertolongan dari Allah dan berdoa kepada Allah. Selain hikmah mengucapkan A’udzu, menulis ungkapan Bismillah juga mempunyai pahalanya. Untuk pengetahuan anda. Kitab-kitab yang diturunkan di bumi ini adalah sebanyak 104 kitab. Kitab-kitab ini diturunkan dalam bentuk lembaran. Shuhuf adalah lembaran untuk Nabi Syits iaitu 60 lembar. Nabi Musa a.s. 10 lembar. Nabi Ibrahim 30 lembar. Kemudian kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-quran.
Boleh dikatakan seluruh erti Al-quran terhimpun dalam surah al-Fatihah manakala seluruh erti al-Fatihah terkandung dalam Basmallah manakala erti Basmallah terkandung dalan huruf ba’ iaitu Akulah terwujud benda-benda yang telah ada dan oleh Akulah akan berwujud sesuatu yang bakal wujud. Abdullah bin Mas’ud pernah berkata,``barangsiapa diselamatkan Allah dari Zabaniyyah maka hendaklah ia membaca Basmallah agar Allah menjadikan setiap hurufnya sebagai perisai dari neraka’’. Dari sini kita dapat lihat betapa kuat nya ucapan Basmallah ini di sisi Allah.
Selain itu kita dapat mengetahui teknik mengucapkan Bismillah secara khusyuk. Malaikat Jibril pernah menyuruh Rasulullah untuk membaca `Bismillahirrahmannirrahiim’ dengan mengingati Allah dengan berdiri dan duduk. Tiga cara mengucapkan Bismillah ialah pertama dengan mengingati Allah Tuhan kita kemudian menyebut ‘Bismillahirrahmannirrahiim’ secara perlahan dan resapkan apa yang difahami dari ucapan Bismillah dan rasakan apa yang terasa di dada.serahkanlah sepenuhnya apa sahaja yang akan berlaku kepada Allah s.w.t..
Lakukan teknik ini sebanyak tiga kali. Ketika kita mengucapkan Bismillah, kita haruslah usahakan sekhusyuknya dan merendahkan diri dan hormat di hadapan Allah. Ucapan di dalam hati lebih baik daripada ucapan melalui mulut kerana hati kita lebih suci daripada kurniaan Allah yang lain. Mengucapkan ucapan Bismillah di dalam hati sahaja sudah cukup tetapi jika diucapkan secara serentak melalui mulut dam hati, maka ia akan lebih sempurna. Ucapan di mulut dan disertai dengan ucapan di hati dikenali sebagai ucapan di dalam yang disertai dengan ucapan di luar.
Bila ingatan kita terus kepada Allah dan mengucapkan sesuatu dalam hati kita maka Allah akan segera menjawab ucapan itu. Jawapan yang dijawab oleh Allah tak dapat didengar melalui telinga tapi dapat didengar oleh hati yang suci dan kalbu. Apabila kita mengucapkannya dengan khusyuk maka akan tenanglah hati kita, akan damai la hati yang tidak tenteram tetapi jika hati kita dipenuhi syaitan maka tidak akan tenang la hati kita, bertambah sesak la hati kita dan kita akan berasa susah hati dan sedih. Jika kita tidak dapat merasakan di dalam hati bermakna kita tidak melakukan ia sepenuh hati kita atau kita hanya bersahaja mengucapkannya. Jika kita telah mendapat jawapan dari Allah s.w.t., kita haruslah berserah kepada Allah dan bertawakal kepada Allah dan walau apapun yang terjadi adalah dalam jaminan san perlindungan allah s.w.t.
Kebanyakkan orang mengucapkannya dalam keadaan mata terpejam kerana dalam keadaan itu kita akan lebih khusyuk tetapi jika kita sudah membiasakan diri kita dengan mata terbuka juga boleh. Jika semua itu masih tidak berkesan,mintalah pertolongan daripada orang yang lebih berpengalaman dan Insya Allah kita akan dapat menikmati kebesaran Allah s.w.t..
Selain itu Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Bismillah adalah sebagai senjata untuk melemahkan musuh dan syaitan. Sedia maklum bahawa syaitan atau pun iblis diciptakan dari api iaitu syaitan yang menganggap api itu lebih mulia dari manusia. Syaitan yang ingkar perintah Allah s.w.t. untuk sujud kepada Adam telah dikeluarkan dari syurga. Syaitan itu juga telah meminta kebenaran dan keizinan daripada Allah s.w.t. untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran.
Syaitan lebih suka menggoda manusia dari sujud kepada Adam. Syaitan tekad untuk memusnahkan manusia kerana bagi dia,dia adalah lebih mulia dari manusia. Senjata untuk memusnahkan syaitan adalah dengan berzikir atau mengingati Allah. Jika kita mengingati Allah, syaitan akan melarikan diri dari kita kerana syaitan itu takut akan Allah. Zikir yang baik merupakan senjata yang berkesan kepada syaitan dan pengikutnya.
Bismillah merupakan senjata yang dapat mengecilkan syaitan sehingga sebesar seekor lalat. Hal ini dapat diperjelaskan lagi dalam sabda Rasulullah s.a.w.:
Janganlah engkau berkata ‘celaka syaitan’. Sesungguhnya bila engkau katakana ‘celaka syaitan’ bertambah besarlah ia lalu berkata ‘akan kubinasakan dia dengan segala kekuatanku’,dan bila engkau mengucapkan ‘bismillah’,akan mengecil syaitan itu, sampai menjadi seperti seekor lalat.
Dari hadis ini kita dapat mengetahui bahawa Bismillah merupakan senjata yang ampuh untuk mengecilkan syaitan dan jika kita dapat merasakan nikmat Bismillah, ini dapat menambahkan lagi keyakinan diri kita untuk melawan Syaitan yang direjam.



__________________________


Tarikh 20/03/2015




Nota: Laman ini memuatkan bahan-bahan pengetahuan Islam yang ditulis oleh pelajar UiTM Perlis. Anda dibenarkan membaca dan mengambilnya tetapi hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada sumber asalnya iaitu al Quran dan al Hadith Rasul SAW.

Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah

Oleh: Izzatul Asnur Bt Ahmad Shakri

Sifat-sifat wanita ahli syurga

Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?

Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." (Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.
Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda: "Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain" (Hadis riwayat at-Tirmizi) Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.

Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: "Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak." (Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda: "Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!"

Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar) Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami.
Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda: "Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."
Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. "Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya." (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat.

Nabi haramkan cabut bulu di muka untuk cantik

KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa.

Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah. Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali.

Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini.

Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah.Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan.Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua hadis yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening.

Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah saw.Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita.

Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu."Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda:"Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.

Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah."Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantikMengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah.

Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut.Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus.

Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri.Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadis kedua.

Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan Allah.Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.

Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.
~Ciri-ciri Pakaian Wanita Islam~
Pakaian itu mesti-lah menutup aurat , sebagaimana yang di-kehendaki syrari'at Islam

Tudung kepala, hendak-lah di-labuhkan sehingga ke-paras bawah dada.
Bersarung kaki / berstokin untuk menutup aurat bahagian kaki.

Pakaian tidak terlalu nipis, ketat dan sempit.

Warna pakaian suram atau gelap seperti kelabu, hitam, biru tua, hijau tua. Tidak boleh
berwarna-warni, berbunga-bunga menarik dan tabarruj.

Pakaian tidak di-kenakan wangi-wangian , kecuali ketika bersama suami di-rumah.

Tidak berhias-hias, bermake-up, bergincu bibir ketika keluar rumah, kecuali bersama suami di rumah. Juga tidak bergelang-jurai emas, ketika keluar rumah semacam hendak menunjuk-nunjuk.

Pakaian tidak menyerupai kaum lelaki ataupun wanita kafir / musyrik.

Jika keluar berjalan jangan-lah memakai kasut bertumit, sehingga berberbunyi keletok-keletok yang boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki.

Jika berjalan , jangan di-lenggang-lenggokkan badan serta gaya berjalan yang juga boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki.
~Wahai Wanita~
Ketahui lah anda adalah tamsilan kepada keindahan, namun begitu anda jua adalah tamsilan kepada kerosakan & kemusnahan.

Tuhan menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit & tidak seronok untuk didiami. kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada tuhan agar dijadikan seorang teman agar boleh dia berbicara, bergurau senda & membina sahsiahnya. makan terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A. S. & segala kenikmatan syurga disekeliling terasa wujud...
Tanpa Permaisuri siapakah lelaki yang digelar raja ,
Tanpa isteri siapalah lelaki yang digelar suami
Tanpa wanita siapakah lelaki yang mahu digelar pemimpin.

Tanpa perempuan siapakah lelaki yang digelar ayah...
Seorang wanita terutama yang bergelar isteri cukup mudah untuk memasuki syurga tetapi seorang wanita juga amat mudah dilemparkan ke neraka . segalanya bergantung kepada agamanya..

Lihatlah Peranan Wanita-Wanita Ini..

Tanpa Siti Khadijah , barangkali Rasulullah S.A.W. tidak mendapat 'dorongan' yang amat diperlukan untuk terus bangkit , berpegang teguh kepada keyakinannya & menyebarkan Islam sebagaiman semestinya.
Tanpa Aishah , barangkali banyak hadis Rasulullah S.A.W. tidak sampai kepada umat islam seluruhnya.
Tanpa Fatimah Az-Zahrah, barangkali Sayidina Ali tidak muncul sebagai menantu Rasulallah S.A.W. yang amat disayangi.
Tanpa Asiah, barangkali Nabi Musa A.S. tidak terbela hingga menjadi penentang kepada suaminya yang amat kufur & mengaku tuhan itu.
Tanpa Masitah , barangkali tidak terbukti betapa wanita boleh berpegang teguh kepada keimanan meskipun maut didepan matanya.
Tanpa wanita , siapalah lelaki kerana setiap lelaki datangnya dari perut wanita...


Lihatlah Pula Peranan Wanita-Wanita Ini..

Seorang wanita yang menjadi isteri kepada Nabi Nuh A.S. telah bertukar menjadi seorang penentang kepada kebenaran,
Seorang wanita di zaman permulaan Islam sanggup melapah dada Sayidina Hamzah & menguyah hatinya,
Seorang wanita tergamak meletakkan najis unta ke kepala Rasulullah S.A.W. Serta dalam sejarah manusia sejagat ramai wnaita menjadi pendorong kepada kemaksiatan, kekufuran, kehancuran & kemusnahan lelaki.

~Rahsia Wanita~

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa
~Keistimewaan Wanita~
Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

Wanita sebenarnya banyak keiatimewaannya....janganlah rendah diri dek kerana anda wanita,kerana Allah jadikan wanita dengan pelbagai keistimewaan:

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.




__________________________


Tarikh 20/03/2015




Nota: Laman ini memuatkan bahan-bahan pengetahuan Islam yang ditulis oleh pelajar UiTM Perlis. Anda dibenarkan membaca dan mengambilnya tetapi hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada sumber asalnya iaitu al Quran dan al Hadith Rasul SAW.

80 Sebab Manusia Masuk Neraka

Oleh: Halimatun Saadah Binti Hasan

Berdasarkan tajuk ’80 Sebab Manusia Masuk Neraka’,secara keseluruhannya ia dapat dirumuskan sepertimana berikut.Ianya menceritakan mengenai manusia-manusia kutukan Allah,Rasul dan Para Mala’ikat serta orang-orang yang tidak dapat memasuki syurga atau bakal menghuni neraka.Antara mereka yang mendapat kutukan Allah,Rasul,dan Para Mala’ikat ialah orang yang melakukan kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan keluarga.Dimana mereka ini melakukan dosa-dosa besar serta perbuatan keji tanpa punyai perasaan kesal serta malu kepada allah.Seterusnya,penggambar.Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud ‘Sesungguhnya manusia yang paling pedih mendapat seksaan Allah di hari kiamat ialah kalangan penggambar-penggambar(pelukis makhluk hidup)’.Selain itu,mereka yang menuduh wanita-wanita mukmin yang berkeadaan terpelihara dan tiada berniat curang.Sebagai contoh,seseorang itu melemparkan tuduhan ke atas perempuan yang tidak melakukan perbuatan terkutuk seperti melakukan zina walhal berita ini tidak benar dan wanita ini tidak pernah langsung melakukan perbuatan ini.Mereka yang menuduh perempuan ini akan mendapat balasan neraka.Sepertimana firman Allah yang bermaksud ‘Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik(terpelihara) yang tidak terlintas(dalam hati untuk curang),lagi beriman(maka dituduh berzina),mereka dikutukkan di Dunia dan di Akhirat mereka mendapat seksaan yang besar’.Disamping itu,wanita yang memakai cemara(rambut palsu) dan wanita yang diminta memakai cemara adalah dimurkai oleh Allah.Mereka yang menyembunyikan keterangan dan petunjuk yang diturunkan Allah.Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud ‘Siapa yang ditanyakan mengenai sesuatu ilmu,maka dia menyembunyikannya,nescaya Allah akan mengekangnya pada hari Kiamat dengan kekang daripada api’.Kemudian,orang yang menjadikan kubur para Nabi mereka menjadi masjid iaitu bermakna mereka menyembah akan kubur para Nabi.Perbuatan ini adalah dilaknat oleh Allah.Orang yang membinkan kepada bukan bapanya.Contohnya, seseorang itu menamakan anak mereka akan tetapi telah menukar nama bapa kandung si anak kepada nama lelaki yang bukan bapa kandung si anak tadi.Perbuatan ini adalah terkutuk disisi Allah.Begitu juga yang mengakukan kepada bukan bapanya atau seorang hamba yang menghubungkan kepada bukan tuannya,maka dia akan mendapat kutukan Allah yang berterusan sehingga Hari Kiamat.Orang yang menyebabkan halal kahwin serta orang yang diperhalalkan kahwin.Seperti sabda Nabi yang bermaksud ‘Allah telah mengutuk penghalal kahwin(cina buta) dan orang yang diperhalalkan kahwin’.Sebagai contoh,hal seperti ini mungkin terjadi pada seorang suami yang menceraikan isterinya dengan talak tiga maka si suami ini tidak dapat ruju’ kembali bekas isterinya melainkan bekas isterinya itu telah berkahwin dengan seseorang islam yang lain,kemudian suami baru ini menceraikannya dengan cara Syara’ dengan kemahuannya sendiri maka barulah suami lama itu berkahwin kembali bekas isterinya itu dengan aqad yang baru.Perkara seperti ini pernah terjadi akan tetapi si suami baru itu tidak mahu menceraikan si isteri maka perkahwinan mereka adalah kekal selamanya dan si bekas suami tidak boleh melakukan apa-apa.Dia hendaklah menerima keputusan itu.Mereka yang mencaci Para Sahabat Nabi s.a.w. turut akan dikutuk oleh Allah serta mendapat balasan di Akhirat kelak.Mereka yang mengutuk bapanya.Hal ini sepatutnya tidak terjadi kerana sekiranya tiada bapa,maka kita juga tidak akan wujud di muka bumi ini.Bapa kita telah bersusah payah untuk mencari wang bagi membesarkan kita.Sangat besar pengorbanan mereka ini.Jadi elakkanlah daripada kita mengutuknya kepada orang lain.Orang yang menyembelih bukan kerana Allah.Contohnya,mereka hanya melakukan untuk menunjuk serta bermegah-megah semata-mata.Hal seperti ini biasanya dilakukan oleh mereka yang berpangkat tinggi.Orang yang melindungi mereka yang membuat bid’ah serta mereka yang mengubahkan panduan jalan.Selain itu,para pemimpin yang zalim atau tidak adil dan yang memungkiri janji mereka terhadap mereka yang berpangkat rendah atau mereka yang digelar golongan bawahan.Mereka ini selalunya akan ditindas dan sukar bagi mereka untuk menentang kembali.Orang yang mengubah hukuman selain Qisaas(Hudud).Begitu juga dengan lelaki yang menyerupai perempuan dan perempuan yang menyerupai lelaki.Hal seperti ini sepatutnya tidak terjadi.Ini kerana Allah telah menciptakan setiap manusia itu cukup sempurna tidak kira lelaki mahupun perempuan.Oleh itu,apakah yang menyebabkan mereka ingin berkelakuan seperti itu?Perbuatan ini sangatlah dibenci oleh Allah.Kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang telah ada pada diri kita ini.Wanita yang berpakaian tetapi seolah-olah dilihat seperti tidak berpakaian.Hal ini dapat dilihat pada masa kini.Turut termasuk isteri yang lari meninggalkan hamparan tidur suaminya.Nabi bersabda yang bermaksud ‘Apabila seseorang isteri tidur dengan meninggalkan hamparan tidur suaminya,adalah dia akan dikutukkan oleh para Mala’ikat sehinggalah dia kembali kepadanya’.Selain itu,orang yang berserunai dikala memperoleh ni’mat dan mereka yang meratap dan sebagainya apabila terkena musibah(Bala’).Sabda Nabi yang bermaksud ‘Dua suara di mana-mana kedua-duanya dikutukkan di dunia dan di Akhirat iaitu suara seruni dikala memperoleh ni’mat dan suara merungut dikala terkena bala’.Ini bermaksud apabila kita mendapat sesuatu yang istimewa kita akan bersuka ria dengan menyanyi dan apabila kita mendapat bala,kita akan meratapi serta meraung untuk menunjukkan kesukaran diri ini serta kadangkala kita akan menyalahkan tuhan yang esa.Sepatutnya kita berusaha untuk mengatasi masalah itu.Orang yang mencukur kepala,orang yang membuang bulu dan orang yang mengoyak(mencarikkan pakaian) dikala berlaku bala.Hadith Nabi bermaksud ‘Rasulullah s.a.w. telah mengutukkan orang yang mencukur,membuang (bulu) atau mengoyak pakaian (bila didatangi bala)’.Disamping itu juga,orang yang mencakar muka,orang yang mengoyakkan saku,orang yang melaungkan kata-kata celaka dan binasa bila mendapat bala’.Sabda Nabi bermaksud ‘Allah telah mengutuk orang yang mencakar muka,mengoyakkan saku dan orang yang melaungkan kata-kata malang dan binasa’.Turut termasuk wanita yang mencacah,wanita yang mencabut rambut dan wanita yang mengasah gigi agar cantik.Hal seperti ini adalah dimurkai oleh Allah kerana mereka ini telah mengubah ciptaan semulajadi yang telah diberikan oleh Allah.Apa yang disampaikan oleh Nabi mestilah kita amalkan dan apa yang dilarang atau tidak dilakukan oleh baginda,kita hendaklah tinggalkan.Jadi perkara-perkara ini tidak pernah langsung dilakukan oleh Nabi kita.Seterusnya,pemakan riba,pemberi makan riba,penulisnya,saksi pemakan dan pemberi riba,orang yang tidak mengeluarkan zakat serta orang arab desa yang murtad sesudah hijrah.Semuanya ini adalah dikutuk oleh Allah.Sabda Nabi yang bermaksud ‘Pemakan riba dan yang memberi makannya,juga saksi-saksi keduanya,apabila keduanya mengetahui (keburukannya),orang yang mencacah dan orang yang meminta dicacah,orang yang tidak mengeluarkan zakat dan orang-orang Arab desa (Badawi) yang murtad sesudah hijrah,mereka adalah dikutuk menerusi lidah Junjungan Nabi Muhammad s.a.w.di Hari Kiamat’.Pencuri-pencuri barang dalam kubur.Contohnya,pencuri yang menggali kembali kubur itu semata-mata untuk mendapatkan atau mengambil sesuatu daripada si mati dengan tujuan yang tidak baik.Hal seperti ini selalunya terjadi sekiranya mereka mempunyai niat jahat atau ingin menyakiti seseorang lain,maka mereka sanggup lakukan apa saja bagi memenuhi impian mereka itu.Seterusnya,Suami yang menduburi isteri,orang yang mengacukan senjata kepada saudaranya iaitu berperang sesama sendiri akan dimasukkan mereka ini ke dalam neraka bagi mendapat balasan yang sepatutnya.Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ‘Siapa yang mengacukan besi (senjata )kepada saudaranya,maka sesungguhnya para Mala’ikat akan mengutukinya sehinggalah dia menghentikannya sekalipun terhadap saudara seibu sebapanya (sendiri )’.Juga Nabi ada bersabda yang bermaksud ‘Janganlah seseorang kamu mengacukan senjata kepada saudaranya,kerana sesungguhnya seseorang kamu tidaklah sedar kemungkinan syaitan akan mencabutkan senjata itu daripada tangannya,maka dia akan menjatuhkannya ke dalam sebuah lubang daripada api ( neraka dengan sebab pembunuhan itu )’.Kemudian,orang yang memberi rasuah dan orang yang menerima rasuah.Rasulullah amatlah memurkai mereka ini.Seterusnya,orang yang menyeksa tubuh haiwan.Orang yang menggunakan hidupan menjadi sasaran panah.Iaitu mereka menggunakan sesuatu hidupan(makhluk hidup) sebagai sasaran panah(dalam latihan memanah atau menembak).Orang yang membuat tanda pada muka haiwan serta memukul pada muka haiwan itu.Hal ini adalah untuk menunjukkan bahawa tanda itu adalah kepunyaan dirinya dan sesiapa tidak boleh menukarnya dan memukul haiwan itu sekiranya tidak menuruti kehendaknya.Kemudian,terdapat sepuluh golongan yang dilaknat oleh Allah dalam hal yang berkaitan dengan arak.Iaitu minuman arak,peminum arak,penuang arak,penjual arak,pembeli arak,pemerah arak,pengupah membuat arak,pengedar arak,penerima arak dan pemakan harga arak. Di sini,mereka yang menghelah dalam hukum syara’ juga tidak disukai oleh Allah.Sebagai contoh,seorang penjual itu telah menjual barangnya dengan si A,kemudian membeli balik barang itu dengan harga yang lebih rendah dan murah.Selain itu juga,dunia dan perhiasannya.Hal ini boleh menyebabkan manusia lalai dan leka dengan kemewahan didunia dan akan lupa apabila memilikinya.Maka mereka akan berpoya-poya dan lupa bahawa kesenangan ini hanyalah sementara sahaja.Seperti sabda Nabi yang bermaksud ‘Dunia (yang menyeleweng ) itu terkutuk,isinya dikutuk,melainkan menyebut (mengingat) Allah dan yang mendorongnya,orang alim atau orang yang menuntut ilmu’.Selanjutnya adalah rumusan mengenai orang-orang yang tidak dapat masuk Syurga atau bakal penghuni neraka.Pertamanya,orang yang menahan hak seseorang Islam.Sabda Nabi yang bermaksud ‘siapa yang menahan (merosakkan) hak seseorang islam dengan tangannya,maka sesungguhnya Allah akan memasukkan mereka ke dalam Neraka dan Dia akan menahannya dari memasuki Syurga’.Walaupun mereka merosakkan hanya sedikit sahaja sekalipun sekerat kayu sugi.Mereka yang membunuh seseorang Mu’min dengan sengaja juga tidak akan dapat untuk menghidu bau Syurga akan tetapi lebih cenderung untuk memasuki ke Neraka.Firman Allah Ta’aala yang bermaksud ‘Dan sesiapa yang membunuh seseorang yang beriman secara sengaja,maka balasannya ialah neraka Jahannam,dia akan kekal di dalamnya sedang Allah memurkainya,mengutuknya dan menyediakannya seksaan yang besar’.Orang yang mengganggui jirannya juga akan memasuki neraka.Hal ini bermaksud,seseorang jiran itu mempunyai hasad dengki terhadap kesenangan hidup jirannya serta iri hati dan mempunyai pelbagai niat untuk mengacau ketenteraman jirannya itu.Contohnya,menggunakan cara kotor supaya jirannya sentiasa tidak hidup tenteram,seperti menyihir jirannya itu.Seterusnya,isteri yang meminta cerai.Sabda Nabi yang bermaksud ‘Mana-mana isteri yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebarang kesalahan Syar’i,maka ditahan dia dari mencium bau Syurga’.Mereka yang memutuskan hubungan dengan keluarga turut akan ditempatkan di dalam neraka.Seperti sabda Nabi yang bermaksud ‘Tidak akan masuk Syurga orang yang memutuskan hubungan keluarga’.Selain itu,sabda Nabi bermaksud ‘Siapa suka agar dilimpahkan rezekinya atau dilanjutkan usianya,maka hendaklah dia menyambung hubungan keluarganya’.Berikutnya orang yang mengumpat,dan orang yang sombong.Seperti sabda Nabi yang bermaksud ‘Tidaklah akan dapat masuk Syurga orang yang dalam hatinya tersemat seberat habuk rasa sombong’.Seterusnya,orang yang membangkit-bangkitkan pemberian(budi).Hal ini seperti mana seseorng itu mengungkit-ungkit kembali akan apa yang telah diberikan kepadanya oleh orang lain.Orang yang menderhaka kepada kedua ibubapa serta orang yang berterusan meminum arak akan ditempatkan di neraka kelak.Sepertimana yang telah diketahui bahawa Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.Kemudian,orang yang berdusta dan berbuat jahat Sabda Nabi bermaksud ‘Neraka Wail-lah bagi orang yang menceritakan sesuatu agar menimbulkan ketawa suatu kumpulan,kemudian dia sendiri mendustainya.Neraka Wail-lah baginya’.Lebih berat lagi mereka yang membunuh diri.Janganlah sesekali kita beranggapan bahawa dengan membunuh diri kita akan ditempatkan di dalam Syurga.Sabda Nabi yang bermaksud ‘Adalah dikalangan orang-orang sebelum kamu seorang lelaki yang terluka,maka dia tidak sabar,lantas dia mengambil sebilah pisau lalu dia menyembelih dengan tangannya,maka tidaklah berhenti darah sehingga dia mati’.Maka Allah Ta’aala berfirman: ‘HambaKu telah bersegera dengan dirinya menemuiKu,maka Aku haramkan dia memperoleh Syurga(Ku)’.Selain itu juga,Nabi bersabda yang bermaksud bahawa ‘Siapa membunuh dirinya dengan sebatang besi,maka besinya akan berada di tangannya kelak,di mana dia akan menusuk-nusukkan besi itu pada perutnya dalam Neraka kelak.Dia akan kekal di dalamnya selamanya-lamanya.Siapa yang minum racun,maka dia adalah membunuh dirinya sendiri (dengan sengaja ),maka dia akan menghirupnya dalam Neraka Jahannam,dia akan kekal di dalamnya selama-lamanya.Dan siapa yang terjun dari sebuah bukit,maka bererti dia membunuh dirinya,maka dia akan terjun ke dalam Neraka.Dia akan kekal dan dikekalkan di dalamnya selama-lamanya’.Seterusnya pemimpin yang menipu atau menghampakan rakyatnya.Ini bermaksud seseorang pemimpin yang menaburkan janji-janji manis beliau sekiranya rakyat menyokong dirinya untuk mendapatkan jawatan itu,maka mereka akan mendapat habuan.Akan tetapi ia adalah bohong semata-mata.Ini akan menyebabkan rakyat merana.Sabda Nabi yang bermaksud ‘Tiadalah seorang hamba yang dipertugaskan Allah menjaga (memimpin)rakyat,maka Allah akan menahannya dari memasuki Syurga,bila dia mati dalam keadaan menipu rakyatnya’.Tidak akan mendapat Syurga juga mereka yang tubuhnya dibesarkan daripada sumber yang haram.Ini dapat dijelaskan sebagaimana mereka yang meneruskan kehidupan dengan sumber-sumber haram seperti mencari rezeki dengan menjual tubuh badan tidak kira lelaki mahupun wanita.Mereka ini berpendapat bahawa kerja ini mudah serta mendapat pendapatan yang cukup lumayan dalam sebulan sahaja mereka bekerja.Sebenarnya,wang yang mereka terima ini adalah haram dan makanan yang mengalir di dalam tubuh badan mereka dengan menggunakan wang tersebut adalah tidak berkat sama sekali.Selain itu,orang yang sombong di kala mereka berjalan dan orang yang sombong berkasar.Nabi bersabda yang bermaksud ‘Tidaklah akan masuk Syurga orang yang sombong menentang (orang yang berlagak sombong ketika berjalan ) dan tiada juga orang yang sombong lagi bersifat kasar’.Kemudian,wanita gagak hitam.Selain itu,orang yang mengatakan perkara yang bukan milik peribadi seorang Mu’min.Nabi bersabda yang bermaksud ‘Siapa yang dengan perantaraannya yang mengubahkan suatu had daripada had-had (hukuman) Allah,maka sesungguhnya dia adalah seorang yang menentang Allah dalam urusanNya.Dan siapa yang mati,sedangkan menanggung hutang,maka tiadalah dinar dan dirham (pembayarnya) akan tetapi (akan dibayarkan) dengan segala kebajikan (yang berhutang) dan segala kejahatan (pemiutang akan dipikulnya).Dan siapa membela dalam perkara palsu,sedang dia mengetahuinya maka sentiasalah dia dalam kemurkaan Allah sehinggalah dia meninggalkanny.Dan siapa yang mengatakan terhadap seorang Mu’min apa yang tiada padanya,pastilah Allah akan menempatkannya (di Neraka) dengan diberi minum hampas perahan (berupa lumpur pekat yang mengalir daripada kulit ahli Neraka) sehinggalah dia keluar daripada apa yang dia katakan (menarik) balik tuduhan melulu) sedangkan dia bukanlah yang berada di luar.Seterusnya,Allah berfirman yang bermaksud ‘Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang Mu’min lelaki dan Mu’min perempuan tanpa kesalahan yang mereka perbuat,maka sesungguhnya mereka telah menanggung kedustaan dan dosa yang besar.Akhirnya,lelaki yang memukul manusia dan perempuan yang membogel.Ini sepertimana perempuan itu seolah-olah berbogel ketika berjalan dengan lenggok badan mereka itu.Seperti sabda Nabi yang bermaksud ‘Ada dua golongan yang bakal menjadi penghuni neraka iaitu pertama golongan penguasa yang mempunyai cemati-cemati bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang.Ini bermaksud,penguasa yang zalim.Kedua,perempuan yang hanya berpakaiaan tetapi sebenarnya dianggap bertelanjang iaitu membogel,berlenggang-lenggok sewaktu berjalan dengan menghayun bahu.Kepala (sanggul) mereka bagaikan bonggol unta yang senget.Kedua-dua golongan ini tidaklah akan masuk Syurga dan tidaklah akan cium bau wanginya dan sesungguhnya kesemerbakan bau Syurga itu sudah tercium dari perjalanan sekian dan sekian (amat jauh terhidunya)’.Oleh itu,dapatlah kita ketahui hendaknya bahawa terdapat beberapa riwayat Hadith menyatakan mengenai jarak tercium kesemerbakan bau Syurga itu.Ada yang menyatakan sejarak empat puluh tahun,juga tujuh puluh tahun dan ada pula menyatakan lima ratus tahun.Oleh yang demikian itu,kita perlulah perbanyakkan amal ibadat kita dengan melakukan sedekah jariah dan sebagainya bagi persediaan diri kita juga di Padang Mahsyar kelak.Sebagai penutupnya,sebagai manusia yang beragama Islam,elakkanlah diri kita daripada perbuatan-perbuatan seperti yang telah dirumuskan dan ingatlah bahawasanya kehidupan kita di dunia ini adalah sementara dan singkat sahaja.



__________________________


Tarikh 20/03/2015



Nota: Laman ini memuatkan bahan-bahan pengetahuan Islam yang ditulis oleh pelajar UiTM Perlis. Anda dibenarkan membaca dan mengambilnya tetapi hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada sumber asalnya iaitu al Quran dan al Hadith Rasul SAW.

Wanita Solehah

Oleh: NURUL HUSNA BT. SULAIMAN

Wanita Solehah

Penghormatan Islam terhadap wanita jelas terbentang dalam ajaran Islam, di dalam Al-Quran sehingga ada surah yang membincangkan soal-soal wanita. Surah itu dinamakan An-Nisa bererti “Surah Wanita”. Ini menunjukkan soal wanita tidak diabaikan oleh Allah. Nabi Muhammad telah memberikan contoh dan teladan dan penghargaan terhadap kaum wanita. Lemah-lembut dan kasih sayangnya dan tanggungjawabnya terhadap isteri-isterinya telah menembusi hati-hati orang zalim di zaman itu, umpama cahaya memancar menembusi ceruk dan liku-liku kehidupan orang-orang di zaman itu.

Sebenarnya lelaki dan wanita itu telah diberi hak dan yang sama dan kewajipan yang sesuai dengan keadaan jasmani dan peribadi masing-masing. Lelaki yang bertubuh kuat dan berkuasa diberi tugas untuk memimpin dan melindungi wanita yang bertubuh lemah, berperasaan halus dan sensitif serta agak sentimental.

Bagi wanita pula tugas melahirkan anak, memelihara dan mendidik adalah perkara biasa yang memang sesuai dengan kemahuan dan fitrah semulajadi yang dikurniakan Allah untuknya. Tentang perkara ini Tuhan telah berfirman yang bermaksud :

“ Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita, disebabkan Allah telah melebihkan, sebahagian mereka terhadap sebahagian yang lain dan kerana lelaki telah menafkahkan harta mereka.”
( An-Nisa’ : 34)
Walaupun tugas memimpin dan memberi nafkah itu telah diberikan kepada kaum lelaki, tetapi tidak timbul sama sekali tentang siapa yang berkuasa dan siapa yang menguasai. Sebab hubungan antara pemimpin dengan yang dipimpin, antara yang memberi nafkah dengan yang diberi nafkah, bukanlah diikat dengan ikatan harta bendadan pengajaran semata-mata, tetapi yang kuat dan teguh mengeratkan ikatan tersebut adalah ikatan kasih saying.

Dapat juga dijelaskan bahawa dunia akan menjadi kosong tanpa wanita di dalamnya, sebagai pasangan lelaki untuk memperkembangkan keturunan. Kelahiran seorang wanita itu memang dinanti-nantikan untuk mengubat kesunyian seorang lelaki iaitu Adam a.s., oleh itu Allah telah menjadikan Siti Hawa sebagai teman daripada tulang rusuknya sendiri. Begitulah Allah memulakan kehidupan seorang wanita begitu melengkapi kehidupan dunia ini bagi seorang lelaki, jadinya seorang wanita itu dari tulang rusuk kiri yang bengkok lagi lemah. Oleh itu wanita adalah menjadi teman rapat lelaki yang perlu dipimpin kehidupannya dengan penuh kebijaksanaan dan berhati-hati. Tulang yang bengkok tidak boleh diluruskan dengan kekerasan kerana dikuatiri akan patah dan tidak pula boleh terlalu lembut hingga ia terus bengkok. Ini kerana lemahnya kejadiaan Allah tidak memberatkan dengan tuntutan syariah yang melebihi kemampuannya.

Wanita sering dikaitkan dengan kelemahan jiwanya, kerana nafsu yang lebih tebal membuatkan ketahanan jiwa seorang wanita itu menjadi lemah jika dibandingkan dengan seorang lelaki. Wanita hanya mempunyai sebahagian akal dan dengan sembilan bahagian nafsu, jika dibandingkan dengan lelaki yang mempunyai sembilan bahagian akal dan sebahagian nafsu. Nafsu perempuan terlalu berbeza dengan nafsu lelaki. Kemahuan wanita selalu terkongkong dengan nafsu jahatnya, hinggakan tindakannya sering didorong oleh nafsu hatinya sahaja.

Nafsu yang sering inginkan perhiasan yang berlebihan, inginkan kemewahan yang melimpah, memandang hina dan merendah-rendahkan orang lain adalah nafsu jahat yang sering menguasai wanita. Begitu juga dengan nafsu sedih derita, kecewa akan menguasai diri wanita dengan begitu dasyat sekali. Ujian yang kecil sudah cukup untuk menggugat kestabilan hidup seorang wanita itu, wanita adalah insane yang kuat nafsu dan tinggi emosinya. Keputusan dan tindakan seorang wanita itu sering tidak adil dan penuh emosi. Bukan akalnya tidak cerdik tetapi akalnya tidak kuat untuk menumpaskan desakan nafsu yang sembilan itu.

Seorang wanita harus tahu akan kelemahan dirinya agar ia dapat menangani masalah hidup ini dengan baik dan jaya. Emosi wanita harus diselenggarakan agar sikap dan tindakan mereka lebih terkawal serta memberi manfaat kepada diri mereka dan orang lain. Jalan terbaik adalah setiap wanita itu harus dapat menundukkan emosi dan nafsunya untuk melakukan perkara-perkara yang tidak baik.

Antara langkah-langkah yang terbaik untuk mengawal nafsu wanita itu adalah dengan menuntut ilmu. Setiap wanita digalakkan menuntut ilmu dunia dan akhirat, dengan adanya ilmu seorang wanita itu akan lebih berjaya mengongkong hawa nafsu dan emosinya setiap saat. Ilmu itu adalah makanan akal, fikiran dapat diteguhkan dengan rajinnya seseorang itu menambah ilmu. Kekuatan yang diusahakan itu mestilah dihalakan kea rah mencari iktibar, hikmah, serta pengajaran dari Al-Quran. Dengan meningkatkan daya fikiran, gelombang perasaan akan lebih terpimpin dan nafsu akan lebih terkawal dan meningkatkan martabat di sisi Allah.

Selain itu, mendapat bimbingan lelaki yang baik akan menaikkan taraf seseorang wanita itu, jalan terbaik untuk mengendali wanita dengan memimpin emosinya. Ketika memimpin wanita seorang lelaki itu harus cekap menggunakan daya fikiran dan kecekapan mereka untuk membimbing wanita itu ke arah yang lebih baik dan selamat. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :

“ Sebaik-baik perhiasan di dunia ini ialah wanita yang solehah”
Biar pun ibadah asas diwajibkan ke atas wanita yang mukallaf seperti sembahyang, zakat, puasa, dan haji, namun bagi wanita memadai dengan bersyahadah, menunaikan sembahyang dan berpuasa. Pada waktu-waktu tertentu, seperti waktu haid dan nifas, wanita diberi kelonggaran untuk meninggalkan ibadah tersebut bahkan haram melakukannya.

Jika kelima-lima ibadah itu diberi nilai 100% maka wanita hanya mampu mencapai 60% daripada tiga bentuk ibadah yang dilakukannya. Itu juga masih sukar bagi wanita untuk mencatat markah penuh melainkan wanita yang bertaqwa dan benar-benar dibantu oleh Allah. Begitulah lemahnya wanita dari sudut ibadah.

Disamping itu, wanita sering dikuasai oleh perasaan. Perasaan sering dipengaruhi oleh nafsu lebih dari pertimbangan akalnya.Tindakan atau keputusan yang dilakukan sering berbeza-beza bergantung kepada tekanan terkuat dalam perasaan ketika itu. Jenis perasaan pada wanita itu amat banyak seperti perasaan marah, sedih, dendam, malu, rasa bersalah, kecewa, jemu dan lain-lain lagi. Oleh itu wanita yang sama cerdik dengan lelaki akan jadi kurang cerdik dalam bertindak berbanding lelaki kerana kecerdikannya sudah dipengaruhi oleh nafsu.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa dunia ini akan menjadi kosong andainya tidak ada wanita yang menjadi pasangan lelaki untuk menambah zuriat dan meramaikan keturunan. Apa saja yang dijadikan Allah di dunia ini mempunyai sebab dan musabab, maka begitulah juga dengan kelahiran manusia iaitu dengan perkahwinan lelaki dan wanita itulah menjadikan umat di dunia ini berkembang biak.

Tumbuh-tumbuhan tidak berhenti-henti tumbuh dan berubah, binatang sentiasa berkembang biak, air sungai terus menerus mengalir, air lauk tidak pernah berkurangan, ikan-ikan di laut semakin banyak, dan lain-lain lagi kebesaran dan kejadian yang dianugerahkan oleh Allah. Inilah yang dijanjikan oleh Allah bahawa manusia yang dijadikan oleh Allah di lengkapi dengan rezekinya. Oleh kerana membesarkan dan memelihara manusia yang bertubuh kecil itu bukanlah satu perkara yang mudah, maka Tuhan telah melengkapkan kaum wanita dengan perasaan kasih saying yang berlebihan sehingga tubuh yang lemah dan halus itu sanggup member pengorbanan yang tidak ternilai harganya.

Dengan perasaan kasih saying itu wanita sanggup menempuh penderitaan dalam masa mengandung, berani menggadai nyawa dalam melahirkan anak. Bersusah payah mengasuh dan mendidik sehingga anak-anak mereka menjadi insan yang sempurna. Tugas wanita yang paling berat ialah dalam membentuk peribadi anak-anak sehingga menjadi manusia bernilai tinggi., berbudi, berpengetahuan dan beragama. Seorang wanita yang menjadi ibu adalah contoh teladan yang baik bagi anak-anak dengan didikan yang baik kepada anak-anak akan melahirkan generasi yang baik pada masa akan dating.

Seorang wanita muslim mesti menjaga keperibadiaan merek, dan sebagai seorang wanita muslim harus dipelihara dari masa ke semasa. Antara adab-adab yang perlu dijaga oleh seorang wanita muslim adalah seperti menghormati penjaga dan menerima nasihat yang diberi, memperbaiki diri untuk menjadi wanita solehah, menjaga nama baik sebagai seorang wanita dan nama baik penjaganya, melatih diri dengan urusan rumahtangga, banyakkan sembahyang dan puasa sunat, serta menjadikan Al-Quran sebagai hiburan dan menghafaznya.

Disamping itu, terdapat juga perkara yang harus dijaga oleh seorang wanita muslim ketika berada di luar rumah. Antaranya ialah seseorang wanita itu mestilah keluar bersama muhrimnya, menghiasi diri dengan sifat malu, menghidari diri daripada berbual-bual dengan lelaki, berkata benar apabila bertemu dengan sahabat, menjaga aurat seperti yang dituntut oleh syarak, dan menjaga meruah sebagai wanita muslim.

Wanita yang baik maruahnya dan akhlaknya sentiasa memperbaiki diri dan mempunyai ciri-ciri seperti sabar menempuh kesusahan (ujian Allah) mengerjakan perintahnya, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah, serta banyak mengingati Allah. Selain itu, wanita yang baik akan sentiasa mentaati suaminya dan reda dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat dan maruah suami serta memuliakan ibubapa dan berusaha ke arah keredhaan Allah


Untuk menjadi seorang wanita Islam bukanlah sesuatu yang mudah, terdapat batas-batas pergaulan yang perlu diikuti oleh mereka. Antaranya, wanita Islam tiada batas dalam pergaulan bersama suami, menutup aura kecuali muka dan tapak tangan ketika berhadapan dengan ipar, tidak bergaul dengan mereka yang tidak disukaai oleh suami dan hendaklah ada muhrim ketika bertemu dengan bakal suami. Seorang wanita Islam itu hanya dibenarkan untuk bergaul dengan sebilangan lelaki sahaja seperti suaminya, bapa dan keturunan ke atas, bapa mertua, bapa saudaranya ( di pihak ibu dan bapanya), adik-beradik lelaki, anak lelaki, anak lelaki suami ( anak tiri), anak saudara, anak susuan serta saudara susuan, cucu lelaki dan seterusnya keturunan ke bawah, dan anak-anak kepada adik-baradik susuan.

Terdapat panduan berpakaian bagi wanita Islam di luar rumah seperti pakaian yang menutup aurat seperti yang dituntut oleh syarak iaitu menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Warna pakaian yang dikenakan juga seharusnya suram, gelap seperti hitam atau kelabu. Pakaian itu juga seharusnya tidaklah terlalu nipis sehingga kelihatan baying-bayang badan dari luar, tidak terlalu ketat atau sempit, hendaklah pakaian itu longgar tidak menampakkan bentuk badan yang boleh membangkitkan nafsu lelaki, tidak menyerupai pakaian lelaki serta pakaian kafir dan myusrik.

Rasulullah s.a.w. sering berpesan kepada golongan wanita. Antara pesanan-pesanan terhadap golongan ini adalah seperti yang terdapat di dalam Riwayat Tarmizi, “ perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias ( bukan untuk suaminya dan muhrimnya) adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya.” Selain daripada itu terdapat juga pesanan Rasulullah s.a.w. yang berbunyi “ wanita yang taat berkhidmat pada suami, akan tertutup pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah mana-mana pintu yang disukai dengan tidak dihisap.” “ Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinan, cepat pula kehamilan dan ringan pula maharnya ( mas kahwin)”

Setiap wanita muslim yang solehah hendaklah sentiasa menjaga maruahnya dan keluarganya, ini termasuklah perkara-perkara yang boleh mengekalkan keamanan rumahtangga seseorang itu. Sikap bertimbang rasa dan menhargai jasa suami akan menjadikan seorang wanita itu lebih bertaqwa dan taat kepada suaminya. Seorang isteri itu hendaklah sentiasa mengambil berat dan memberi pandangan yang bernas kepada suaminya demi masa depan mereka dan keluarga mereka. Jika seorang isteri itu sentiasa berkeluh kesah dan tidak dapat bersyukur dengan apa yang ada maka suami juga akan turut merasa serba salah dan tidak tenteram untuk hidup sebumbung dengan isterinya.

Antara beberapa perkara yang menyebabkan seorang wanita menderhaka kepada suaminya ialah keluar rumah tanpa izin suami sama ada suaminya ada di rumah ataupun tidak, menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya, berpaling atau membelangkangi suaminya ketika bercakap, meninggalkan tempat tidur tanpa izin, minta talak, dan menyakiti hati suami sama ada dengan percakapan atau perbuatan.

Setiap wanita yang bergelar isteri harus tahu bagaimana cara untuk menghadapi suaminya, agar apa yang mereka lakukan itu dapat mengembirakan hati suaminya. Seorang wanita seharusnya merendahkan pandangan matanya apabila berhadapan dengan suaminya, mengelakkan malu pada suami, dengar dan diam ketika suami berkata-kata, hadir bersama ketika masuk tidur, tidak berkianat ketika ketiadaan suami, memuliakan keluarga suami, dan syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada reda atau tidaknya suami padanya.

Terdapat empat golongan wanita yang berada di dalam syurga. Pertama ialah perempuan yang menjaga dirinya dari berbuat haram, kedua, perempuan yang bersifat pemalu dan jika suaminya datang maka ia menyekang mulutnya dari perkataan yang tidak layak kepadanya. Ketiga, perempuan yang ramai keturunan lagi penyabar serta menerima dengan senang hati keadaan serba kurang ( dalam kehidupannya ) bersama suaminya dan yang keempat, perempuan yang di tinggal mati oleh suaminyadan mempunyai anak-anak yang masih kecil, lalu ia menyekang dirinya dan mendidik mereka serta memperlakukannya dengan baik kepada mereka dan tidak bersedia berkahwin khuatir putera-puterinya akan tersia-sia.

Sabda Rasulullah s.a.w. mengenai wanita ialah “ kebanyakan ahli neraka adalah kaum wanita. Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “ Mengapa terjadi demikian?” Adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Tidak, mereka ini adalah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya sesungguhnya di antara kamu adalah dalam nikmat suaminya.”


Setiap wanita yang beriman tentu mengharapkan dirinya menjadi wanita yang bermaruah dan terbaik, dari itu untuk menuju ke arah itu setiap wanita harus sedar akan kepentingan dirinya sebagai wanita Islam yang tahu menjaga maruah dan dapat pula berbakti kepada kaum keluarga serta Negara. Mereka tahan di uji dan tabah menghadapi dugaan Allah. Tidak mudah putus asa sentiasa berusaha dan berserah kepada Allah. Wanita yang terbaik menurut firman Allah yang bermaksud:

“ Dan ingatlah ketika Malaikat Jibril berkata : Hai Maryam! Sesungguhnya Alllah telah memilih engkau mensucikan engkau dan melebihkan engkau atas sekalian wanita di dunia. Hai Maryam! Taatlah Tuhanmu, sujud dan rukuk bersama orang-orang yang rukuk.”

Wanita adalah pengikut kaum lelaki, begitulah ajaran Islam menetapkannya. Wanita yang baik itu sanggup menjadi isteri yang baik, ibu dan pekerja yang baik serta bertindak sebagai serikandi Negara yang gigih. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“ Wanita itu tiang Negara, jika baik kaum wanita sesebuah Negara itu, maka baiklah Negara itu.”

“Tangan yang menghayun buai itu boleh menggongcang dunia”.

Kuasa yang tersembunyi dari seorang wanita adalah kecantikkannya, layanannya dan juga pujukannya.Wanita yang cantik dan berperibadi mulia itu boleh melembutkan hati lelak,kecantikan wanita itu boleh dijadikan kuasa untuk menundukkan lelaki. Oleh itu sebagai seorang wanita Islam, hendaklah mengetahui bahawa kecantikkan itu bukanlah boleh dipergunakan sesuka hati higga merosak orang lain dan diri sendiri.

Wanita yang cantik itu sebenarnya wanita yang tahu menjaga maruah sebagai kaum wanita,wanita yang berdikari,wanita yang taat kepada hokum Allah dan sentiasa berjuang kerana Allah. Wanita memang sikapnya suka melayan dan lelaki suka pula dilayan,layanan yang baik dari seorang wanita sudah tentu boleh melembutkan hati suami dan membuahkan kasih saying padu. Layanan yang dimaksudkan adalah layanan fizikal,mental dan spiritual,layanan yang mesra dari seorang isteri akan menambat hati suami yang mana cara ini boleh memperkukuhkan ikatan untuk kebahagiannya bersama.
Wanita dilahirkan dengan fitrah yang pandai memujuk,pujukan seorang wanita itu boleh mempengaruhi tindak tanduk seorang lelaki. Sebagai wanita yang beriman dan bertaqwa kepada Allah akan dapat membimbing dan memujuk suaminya ke jalan yang diredhai Allah. Begitulah berpengaruhnya seseorang wanita terhadap lelaki.

Tanggungjawab seorang isteri tidak begitu membebenkan jika seoarng isteri itu ikhlas menjalankan tugasnya.Antara tugas-tugas seorang isteri adalah seperti taat dan amanah pada suami,beradab dan memuliakan suami,memelihara maruah suami,berhibur dan menenangkan hati suami, sedia berkhidmat untuk suami dan bersyukur dengan suami.

Wanita adalah penyambung zuriat insan di dunia ini.Allah telah memuliakan wanita dengan melahirkan anak sebagai pewaris kepada insan ini dan mereka jugalah yang mendidik anak-anaknya.Tangan yang menghayun buaian itulah yang akan membentuk masa depan anak-anak.Bukan sahaja makanan dan pakaian tetapi anak-anak perlu diasuh jasmani dan rohani mereka agar menjadi muslim yang bertanggungjawab.

Menjadi tanggungjawab seorang ibu untuk memastikan perkembangan fizikal dan mental anak-naknya sihat seperti menyediakan makanan dan minuman yang berkhasiat serta sentiasa berdoa agar dikurniakan anak yang soleh dan solehah semasa anak masih dalam kandungan.Tidak dilupakan perkembangan spiritual juga.

Seorang wanita itu boleh dikatakan serikandi dan pejuang apabila tugas mereka dapat menolong sesama insan sedaya upaya untuk menegakkan hokum-hukum Allah yang lima,yang wajib dan yang sunat. Segala hokum yang ditegakkan hendaklah merangkumi beberapa perkara ini iaitu niat yang betul, dilaksanakan dengan betul,melakukan perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan Islam,dan tidak meninggalkan ibadah asas seperti sembahyang lima waktu,puasa,barzakat dan menunaikan haji.

Sebagai kesimpulannya,serikandi itu adalah wanita yang berjaya dalam bidang yang diceburinya tanpa mengenepikan ibadah sebagai wanita Islam. Mereka berjaya dalam kerjayanya untuk memajukan umat Islam.Dengan kejayaannya mereka tidak mengenepikan adab dan syariat sebagai wanita Islam.




__________________________


Tarikh 20/03/2015




Nota: Laman ini memuatkan bahan-bahan pengetahuan Islam yang ditulis oleh pelajar UiTM Perlis. Anda dibenarkan membaca dan mengambilnya tetapi hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada sumber asalnya iaitu al Quran dan al Hadith Rasul SAW.